Isnin, 31 Oktober 2011

rindu...

"kamu akan faham juga suatu hari nanti kenapa & mengapa...orang minta maaf sebab dah banyak menyusahkan kamu dan kawan2 yang lain...dunia orang jauh berbeza dari dunia kamu semua. orang sangat sedar siapa diri orang sebelum & selepas orang kenal kamu semua. terima kasih sebab banyak tolong & bagi nasihat pada orang..orang takkan lupa tu. thank you very much. tuk semua teman2 orang. take care & wassalam.."

aku terkedu seketika membaca message tersebut, namun cepatku membalasnya...

"abi sendiri yang mencipta dunia berbeza dengan semua orang. .abi berhak untuk merasa bahagia. tapi kenapa pilih derita?kalau kenangan silam masih menghantui abi, bermakna abi belum bersedia untuk hadapi masa depan. abi masih takut dengan bayang2 sendiri...kalau abi rasa sayang dah tak penting dalam hidup abi, abi boleh suruh sayang pergi..."

itulah message terakhir yang belum berbalas setelah dua hari dia menyepi
selama itu juga aku tak putus asa untuk call dan message, namun penantianku sangat hampa...

Tett...tett..tett...bunyi message masuk, dengan perasaan berdebar aku terus membuka inbox,namun bukan dari si dia...

"Sepanjang bulan ni aku rasa sangat stress...kadang2 tak tau nak luahkan dekat sape..tak pernah rasanya mengalami stress yang terlampau...sampaikan bulan ni period langsung tak datang..berapa kali kena asthma attack..tak pernah jadi macam ni sepanjang umur sampaikan effect pada period.."

beratnya hati aku saat tu..Dilla, kalau la kau tahu, saat ini juga aku berperang dengan perasaan sendiri. sedihnya hati hanya Allah jua yang Maha Mengetahui...namun ku gagahkan jua diri untuk memberi semangat walaupun pada hakikatnya aku sendiri dah tak kuat untuk hadapi semua ini...biar aku pendam segalanya selagi aku terdaya. yang hanya mampu aku lakukan adalah berdoa kepadaNYA...

Pagi tu aku tersedar dari tidur, selalunya si dia akan call...tapi berbeza dengan hari ini..tiba-tiba aku rasa sebak.tanpa sedar aku menangis lagi...selalunya pasti dia akan membebel bila aku bangun lewat

"hello, assalamualaikum sayang"
"hello, waalaikumsalam'
"buat apa ni, dah bangun belum?"
"dah bangun dah"(padahal baru je genyeh2 mata...huhu)
"jangan nak tipu"
"orang dah bangun dah la tadi"
"kamu ni...bangunla..dah tengahari dah ni,dok tido lagi....."
"ye la...ye la..orang bangun la ni, nak p mandi dulu"
"pemalas betul kamu ni"
"biarla...wekk..jap ek nak mandi dulu"

aku suka bila dia membebel sebab dia tahu aku jenis yang degil...tiba2 waktu malam macam ni rasa sayu sangat...aku rindu semua tu...aku dah tak dapat tahan lagi air mata...lampu bilik dimatikan.takut roomate perasan aku menangis.
aku seka air mata untuk kesekian kali...laptop dimatikan. terus mencapai tuala.mandi dan menangis sepuasnya didalam toilet..setelah puas melepaskan semuanya, aku berwuduk dan menunaikan solat Isyak...aku rasa hina disaat menghadap penciptaKU...Ya Allah...seandainya ini dugaan buatku, aku terima dengan hati yang benar-benar redha...aku mohon Kau peliharalah dirinya, sembuhkan segala kesakitan yang ditanggungnya,ampunkanlah dosa-dosanya didunia dan akhirat...Kau berilah peluang utk aku dan dia merasai kebahagiaan yang kami impikan selama ini Ya Allah...makbulkanlah doa hambaMu yang hina ini...amin Ya Rabbal Alamin...