Rabu, 6 Julai 2011

(^___^)

Kadang-kadang bila org yg tak kenal kita, dan pertama kali kita kenal, first impression & persepsi dieorg terhadap kita juga mungkin berbagai. Orang akan buat andaian terhadap kita mungkin dari segi pemakaian, percakapan atau pergaulan kita. Kadang-kadang org yg dah lama saling mengenali pun tak semestinya dia 'kenal' orang tu, apatah lagi org yg tak pernah mengenali antara satu sama lain. Sebab tu ada pepatah 'tak kenal maka tak cinta'.

Sebab tu penting utk kita mengenali seseorang sebelum membuat persepsi terhadap org tersebut, tapi kebanyakan dari kita (terutamanya perempuan melayu) sorry to say, sangat suka membuat andaian negatif terhadap seseorang. Aku bukan nak kutuk kaum sendiri tapi inilah hakikatnya. Sebenarnya aku tak gemar membuat andaian terutama andaian negatif terhadap org yg aku tak kenal. Kadang salah satu sebab kenapa kita membuat andaian negatif ialah sebab mendengar cerita-cerita kurang enak tentang si polan tersebut. Padahal kita tahu ke kesahihan cerita tu atau ada org2 yg tak puas hati mereka cerita sebabkan hasad dengki atau iri hati.

Aku mengaku aku pernah membuat andaian negatif, tu pun bersebab!. Aku pernah alami satu situasi, dimana aku pernah berselisih dengan seorang hamba Allah ni dan aku pun menghadiakan senyuman, tapi jangan kata nak senyum, pandang pun tak. Seolah-olah aku tak wujud kat situ, aku agak pelik dan tertanya-tanya juga, aku ada buat salah ke dgn dia. Padahal aku baru je kenal, dan tak pernah pun bertegur sapa. Aku cuba la nak bermesra, at least aku hadiahkan senyuman, tapi ntahla, mungkin memang dia
'tak nampak' aku ada kat situ. Aku malas nak fikirkan sgt hal remeh-temeh mcm tu

Kenapa ya ada org selalu bersangka buruk dgn org lain? Cepat sangat membuat andaian buruk dan menuduh yg bukan-bukan padahal tak tahu hujung pangkal cerita. Agaknya bila dah terkena kat batang hidung sendiri baru terngadah kot. Bak kata orang tua-tua, baru tahu langit tu tinggi rendah. Kadang orang yang pura-pura baik dgn kita tu sebenarnya gunting dalam lipatan. Sanggup tikam kawan dari belakang. Orang macam ni takda perasaan bersalah langsung. Dasyat.

Orang yg dilahirkan dengan penuh sifat penyayang dan simpati yg menebal dalam diri, takkan sanggup mengkhianati sahabat @ sesiapa sahaja. Mungkin akan terfikir banyak kali utk buat jahat dgn org lain sbb tak sampai hati. Orang macam ni kadang-kadang orang buat kejahatan dgn dia pun, akan dibalasnya dengan kebaikan. Tapi tak ramai yg memiliki hati semulia tu.

Biar apa pun persepsi orang terhadap kita, sama ada baik @ buruk, perlu terima dengan hati yg ikhlas. Sentiasa senyum menerima apa jua teguran dan pandangan. Biar setinggi mana pun kita terbang di awan, jangan lupa rumput di darat. Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Biar siapa pun kita, jadilah diri sendiri. Ikhlas dlm melakukan apa jua, nawaitu hanya kerana Allah...

Isnin, 4 Julai 2011

Zaman Dulu Punya Cerita

Tiba-tiba aku teringat zaman sekolah dulu. Rasanya tak banyak sgt kenangan manis. Ntahla, maybe sebab environment or kawan2 yg tak best sgt kot...huhu. Dulu masa aku form 1 aku sangat la pemalu especially dengan student lelaki. Rasanya boleh bilang berapa kali aku ckp dgn dieorg. Malu yg amat...huhu. Masa form 1 aku pernah dapat surat cintan cintun nak berkenalan la kononnya. Tapi aku ambik surat tu then renyuk2kan, rendam dalam air, then aku hancur lumatkan dia. Tapi kalau aku simpan kan best, kenangan 10 tahun dulu tu.hehe.Then masuk je form 2, aku rasa mcm ada konflik dalaman. Macam tekanan perasaan pun ada, mungkin ada sesetengah kawan ni yg selalu buat 'hal' dengan aku. Macam pelik je perangainya, sampaikan aku berazam nak pindah sekolah nak pi MRSM. Then waktu kritikal masa form 3 bila aku dah mula berani sikit2 cakap dgn lelaki. Time tu aku selalu kena buli. Macam2 dieorg buat kat aku. Sampaikan masuk dalam makmal sains pun still nak cari pasal lagi. Dulu ada sorang mamat ni pernah suka kat aku & nak 'kawan' dgn aku masa form 2, tp aku tak layan. Memandangkan aku tak layan dia, so masa form 3 dia 'balas dendam' dgn membuli aku secukup rasa dia. Kadang tu suka hati mak bapak dia je nak lastik aku dengan gelang getah tu, pedih kott!!! Kadang tu potong pemadam getah kecik2 & baling kat orang. Penah sekali tu aku nak duduk then spontan dia tarik kerusi aku, masa tu sikit lagi nak jatuh, punya la sakan dia gelak kat aku. Agaknya kalau aku jatuh time tu, terburai isi perut dia kot gelakkan aku! Pernah juga aku nak balas balik, kadang aku marah, aku baling la apa yg ada atas meja tu, botol air ke, pencil case ke, tapi yg geramnya selalu tak kena sasaran. Apalagi dia lagi sakan gelak kat aku. Dieorg nampak je aku macam lembut lembik tp aku pernah tendang kerusi & meja sebab marah sgt...Lalala. Tapi mamat tu tak pernah nak takut kalau aku marah2 dia, dia gelak lagi ada la. Aku pernah nangis kot masa tengah jawab exam Geografi, masa tu semua org tak perasan sebab aku kat depan sekali. Masa tu aku sakit hati sgt. Then continue nangis kat makmal sains. Kat makmal tu ada la kawan2 lelaki yg baik dgn aku perasan aku nangis...huhu. Aku rasa sepanjang tahun 2003 tu aku terseksa gler...huhu. Sampaikan last day before mamat tu nak blah dari sekolah tu (sbb dia dapat offer sekolah teknik), sempat lagi cari pasal dgn aku. Dia baling aku botol air kot, then terus lari. Apa lagi, aku tak bagi chance, aku kejar dia satu blok form 4 masa tu. Aku baling balik botol air tp macam biasa la tak kena sasaran. Puas dia gelak kat aku, fine!..Lepas dah dia keluar tu aku igt hidup aku aman la. Tapi ada la juga saki baki kawan2 dia tinggal kat sekolah tu. Masa form 5 pun pernah gaduh teruk sebab dieorg la cari pasal dgn aku! Masa tu tiba2 perang mulut, puas kawan2 aku pujuk & tenangkan aku...huhuhu...dasyat gak masa tu. Sampaikan aku igt lagi kawan aku pesan, jgn cakap bukan2 dgn lelaki, takut dia geram & nak balas dendam, terus dia rogol...hahaha...gila la sampai mcm tu sekali kawan aku ni fikir..huhuhu..Tu la sebahagian dari cerita aku masa sekolah dulu, sebenarnya banyak lagi, tak termasuk cerita KRS gaduh dengan pengakap la kadet polis la, then pernah kena marah dengan cikgu math pasal aktif sgt berkawad but lastly dapat A juga for PMR utk math...hehe...Macam2 la kalau nak igt balik

Mood sekarang ni tgh tak tau nak buat apa so aku pun merepek la kat sini. Tak kisah la org nak cakap ape, aku syok sendiri ke ape ke. Yang penting aku tak kacau hidup org. Skrg ni kerja banyak tp bajet macam takde pape je...lalala~sekian sahaja aku merapu utk hari ni T____T

Semoga Allah bagi Taufik & Hidayah kepada 'mereka-mereka' yang gelap hatinya

Alhamdulillah...aku rasa makin tenang dengan kehidupan sekarang selepas aku dah serahkan semua urusan kepada Allah. Mungkin kadang2 kesabaran tu mengatasi segalanya. Segala rasa sakit, marah, dendam, dan macam-macam lagi akan terhapus jika kita ikhlaskan hati terima apa jua ketentuan Ilahi. Mungkin kita akan rasa marah, benci bila dah teraniaya, tapi siapalah kita untuk menghukum mereka-mereka ini. Yang berhak utk menghukum hanya Yang Maha Berkuasa. Percaya pada hukum karma, setiap perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikan, begitu juga sebaliknya. Kalau tak dibalas didunia, mungkin di akhirat. Tapi kita berdoalah supaya 'mereka-mereka' ini diberi taufik dan hidayah agar terpancar iman dari dalam hati. Selalunya hati yg penuh dengan dendam, hasad dengki adalah hati yg sgt kotor. Hati yg kotor takkan terpancar cahaya keimanan dari dalam hati mereka. Sungguh kesian golongan-golongan seperti ni. Hati takkan pernah tenteram dan aman, kehidupan jadi kucar-kacir, nak beribadat pun tak khusyuk sbb asyik fikir dendam kesumat yg tak terbalas..alahai manusia. Hidup kat dunia ni sementara je, kalau dunia ni kita yg punya, boleh la buat apa saja. Udara yg kita bernafas ni pun hanya pinjaman, apatah lagi segala yg kita miliki, bukan kekal abadi. Mungkin ada yg puas hati sebab dapat menganiaya org lain, merampas sesuatu yg bukan kepunyaannya, tamak haloba kan. Kesian sgt...Semua tu Allah boleh ambik balik sekelip mata je, ntah2 nikmat waras pun Allah boleh tarik bila2 masa je, silap hari bulan jadi gila meroyan lepas bersalin...opsss..(ape aku melalut ni...huhuhu)...Bukan ape, ada orang yg Allah beri nikmat hidup lama sgt sampai usia emas, tp tetap tak insaf kan. kesian sgt...Patutnya kena banyak bersyukur sebab Allah bg peluang utk hidup lama supaya ada masa utk bertaubat, beribadat kepada Dia, bukannya melakukan penganiayaan atas muka bumi ni. Kadang org mcm ni Allah dah tarik nikmat bersyukur, sbb tu sentiasa rasa tak puas dgn apa yg dia ada sampaikan kehidupan org lain pun dia nak atur. Sebenarnya harta yg banyak pun salah satu ujian Allah (tapi kebanyakan org akan anggap ianya rezeki Allah). Tapi kita tahu ke macam mana nak belanjakan harta tu ke jalan Allah...kadang disebabkan perkara yg kita anggap 'kecil' dan remeh itu lah yg membawa kesan kepada keturunan kita kelak. Mungkin takda keberkatan dalam mencari rezeki tu. Sebab tu 'orang-orang' seperti ni sentiasa rasa tamak dan tak cukup. Sampaikan selalu fikir orang miskin dan hidup sederhana ni 'kebulur' harta dia. huhu...lagi kesian. Tak mati pun kalau tak dapat harta awak,awak ni. Selama ni aku hidup pun bukan atas harta kau! (oppss! terlebih suda) .Semoga 'mereka-mereka' ni mendapat hidayah Allah...amin
p/s : tak hidup dek puji, tak mati dek keji