Isnin, 3 Jun 2013
SIAPA KITA UNTUK MENILAI?
Siapa kita untuk menilai?
Apa yang saya perhatikan, kebanyakan manusia akan menilai
-yang kacak perlu berkahwin dengan yang cantik
-tak kacak berpasangan dengan yang tak cantik
-kurus perlu dengan kurus
-gemuk dengan yang gemuk
"Ish, kenapa suami dia gemuk, gelap pulak tu. tak handsome langsung. isteri dia punya la cun"
"cuba awak semua tengok isteri dia. nampak tua sikit kan. takda la cantik sangat nak banding dengan suami dia yang handsome, putih tu. tak sesuai langsung!"
Itulah antara dialog klise yang kita selalu dengar. jadi,siapa anda untuk menilai? sekaligus menentukan dia perlu berkahwin dengan siapa?
itu yang 'manusia-manusia' ini tak faham. iaitu Takdir ILAHI.
kenapa harus mempertikaikan takdir Allah? siapa yang lebih berkuasa. awak-awak ke?
saya cuma kurang faham pemikiran typical masyarakat kita (melayu). mudah melatah dan selalu merasakan dialah yang paling hebat dalam menilai.
let say awak memang orang yang cantik/kacak. namun ditakdirkan berkahwin dengan orang yang tak cantik pun, tak kacak. jadi, apa yang awak rasa bila orang disekeliling terus menghina dan mencerca anda. masa itu anda akan rasa, adilkah mereka untuk menilai aku?
-fikir fikirkan
Sabtu, 15 September 2012
OLD CHINESE MAN AND HIS GRANDDAUGHTER
Setelah sekian lama tak mencoret disini, entah kenapa terdetik dihati untuk menconteng sesuatu disini. Masuk bulan ni, dah 4 bulan aku kerja sementara (rasanya tak perlu la mention secara detail ye), kerja yang halal lagi seronok, iaitu pembantu kedai sementara menunggu result posting. Alhamdulillah, sepanjang bekerja tiada satu pun perkara yang membebankan kepala. Pergi kerja balik kerja, makan, tidur, hang out dengan kawan2 bila free. Oh indahnya dunia. But after this, I can imagine my life will turn to be very worst. Just get ready! Oh ya sebelum tu,Rasanya penulisan kali ni agak teruk because I dare to mix the languange which I don't like to do before ;)but I think it's okey as long as people understood, am I right? ;))Sebelum aku terus melalut yang bukan2, ada sesuatu yang ingin aku kongsikan bersama. Setiap pagi bila ke kedai, tugas utama yang harus diselesaikan ialah sapu sampah, buang sampah, cuci cermin, kemas mengemas dan sebagainya. Bila mana aku kerja di waktu pagi (waktu kerja terdapat 2 shift iaitu siang dan malam), aku berpeluang untuk melihat sesuatu yang entah la...pada aku sesuatu yang menyentuh hati kecilku. Every day,I'll always look at one old chinese man cycling old bicycle carrying his cute little granddaughter. He puts his hand at the back to protect this little girl from fall down. This little girl was very nice, she just look around and sit at the back properly.Agak kesian melihat lelaki tua tu kayuh basikal sebab jalan disitu agak berbukit. Bila sampai dikawasan berbukit tu, kayuhan beliau dah mula perlahan. Aku akan perhatikan sehingga hilang dari pandangan. Dalam benak hati, mustahil that little girl tu anak dia, and benda yang menjadi persoalan dalam kepala sampai sekarang, dimana mak ayah budak tu? Even worst, when I saw them dalam hujan lebat, dan si comel tu pun pakai baju hujan kecik. menggigil kesejukan. Rupanya dia lebih 'malang' berbanding kehidupanku diwaktu kecil dulu. Poor that little girl and the old man. Mungkin sesetengah orang fikir perkara ni sangat normal dan biasa, dan mungkin ada orang lain yang lebih malang, but for me, bukan soal malang atau tak. I defined something else based on what I saw and observed. It's about the sacrifice, responsibility, dan yang paling penting kasih sayang dan amanah yang perlu dipikul. Berapa ramai ibu bapa sekarang yang sanggup menggalas amanah AllAH dengan seikhlas mungkin, melakukan apa sahaja without question it. Just do whatever yang Allah suruh dan perintahkan. Tapi malangnya, lebih ramai yang cuma impikan kemanisan dalam perkahwinan tanpa mengetahui ianya ibarat meminum kopi, ada rasa manis dan pahit dalam melayarinya. The most important thing, biarlah rasa kebertanggungjawaban dan memegang amanah itu mengatasi segalanya. So, all the sweetness will slowly come into your life. InsyaALLAH...
Rabu, 2 Mei 2012
HIDUP ADALAH SATU PILIHAN
Hidup adalah satu pilihan...
Ya, dalam setiap urusan seharian yang kita lakukan menuntut kita untuk membuat pilihan dan akhirnya keputusan.
Hatta ingin makan sekalipun kita perlu memilih menu yang bertepatan dengan selera dan akhirnya membuat keputusan untuk membeli makanan tersebut. Kita juga perlu pilih ikan,ayam dan sebagainya setiap kali ke pasar dan semestinya ikan @ ayam yang segar menjadi pilihan walaupun harganya mahal sedikit. Ada orang yang gemar memilih barang-barang yang mahal kerana katanya barang tersebut mampu digunakan berulang kali dalam tempoh yang lama. Tidak mengapa berbelanja lebih asalkan barang yang diperoleh berkualiti.
Begitulah kehidupan, adakalanya kita mudah sekali untuk membuat pilihan dan ada ketikanya kita akan berada di persimpangan dilema untuk membuat pilihan dan keputusan. Rasa bersalah, keliru, bingung dan macam-macam lagi akan bersarang di kepala dan benak hati. Apatah lagi pilihan & keputusan yang dibuat melibatkan soal masa depan, antara hidup dan mati serta perasaan orang di sekeliling. Ya, memang berat dan sangat rumit. Namun kita tiada pilihan lain selain terpaksa membuat pilihan walaupun adakalanya bukan dengan kerelaan hati sendiri. Dan adakalanya pilihan tersebut akan melukakan hati orang di sekeliling kita. Ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak.
Mendengar rungutan dari kawan-kawan yang masih belum bertemu jodoh yang sesuai membuatkan aku tersenyum sendiri. "Hang ingat nak pilih suami tu macam pilih baju ka? macam pilih ikan kat market?" Itulah ayat klise yang sering kita dengar. Ya, memang bukan semudah itu. Tapi bukankah kita diberi panduan bagaimana untuk menetapkan hati yang tatkala itu dalam dilema? salah satunya melalui Istikharah. Namun, ada juga caranya yang betul untuk melakukan solat Iatikharah. Banyak lagi panduan lain selain berdoa dan mohon petunjuk. Kita takut untuk membuat pilihan kerana jika tersalah pilih, takut akan menyesal sepanjang hayat.
Apa pun keputusan yang telah diambil, jangan sesekali menyalahkan diri sendiri dan takdir. Jika tersalah pilih, terima ianya sebagai suatu pengajaran dan ambil iktibar dari kesalahan tersebut. Setiap orang sentiasa inginkan yang terbaik dalam hidupnya namun tak semua pilihan yang kita buat adalah tepat namun anggaplah ianya sebagai takdir dan ketetapan Ilahi. Semakin kita dewasa, kita akan belajar banyak perkara yang benar-benar mematangkan fikiran. Sedikit sebanyak kita akan belajar akan hakikat kehidupan sebenar. Kenangan akan tetap menjadi kenangan. Kita tak boleh ubah masa lalu, sekaligus kita mengubah apa-apa pilihan yang pernah dibuat dulu. Namun kita ada pilihan sekarang iaitu pilih sama ada untuk terus dibayangi kisah silam atau hidup dalam masa hadapan.
Isnin, 16 April 2012
MUNGKIN KERANA 4 RINGGIT
10.04.2012
Dalam cuaca panas, aku tergesa-gesa keluar rumah ke Bank Islam untuk keluarkan duit. Memandangkan sekarang aku masih menganggur dan dalam proses meminta kerja sambilan, jadi aku terpaksa meminjam duit adik kerana ingin menolong seorang sahabat yang dalam kesusahan. Dia sangat memerlukan wang untuk perbelanjaan adik-adiknya. Aku tak sampai hati melihat dia dalam keadaan tertekan kerana wang. Jadi aku pinjamkan duit adik untuknya. Namun aku tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan, aku ikhlas ingin membantu. Seusai mengeluarkan wang dari Bank Islam, aku bergegas keluar menuju ke CIMB untuk 'bank-in' duit ke dalam akaunnya. Tatkala aku menolak pintu keluar dan ingin melangkah menuju ke motor, aku ditahan oleh dua orang wanita dalam lingkungan 40-an. Wanita itu ingin meminta derma untuk anak-anak yatim dengan menjual kepingan cd dan ubat barangkali. Aku bertanya berapa harga kedua-dua barang tersebut. " Yang cd ni harganya RM2O, yang ubat ni pula RM10,"katanya. Aku berfikir sejenak kerana dalam 'purse' hanya ada RM10. 5 ringgit duit mak bagi untuk beli barang dapur. Tinggal lagi 5 ringgit duit aku sendiri. Aku berfikir sejenak. Wanita tersebut seolah-olah memahami isi hatiku. Aku teringin sangat nak menderma lebih banyak namun aku juga perlukan wang. "Tak apa adik, kalau nak derma berapa pun tak kisah, derma seikhlas hati," ujar wanita tersebut setelah melihat aku terkebil-kebil di situ. "Nah akak ambil ni 4 ringgit, saya minta maaf sebab tak dapat derma banyak," ujarku agak kesal. "Tak apa dik, terima kasih banyak-banyak. Moga Allah murahkan rezeki adik, amin. " "Alhamdulillah, terima kasih kak." Aku berlalu dalam keadaan serba salah namun saat aku ingin sedekahkan duit tersebut, terlintas dihatiku, mungkin anak-anak yatim ini lebih memerlukan wang, biarpun jumlahnya sedikit, aku berdoa agar aku dapat membantu mereka. InsyaALLAH
Setelah selesai segala urusan, aku kembali membantu emak didapur. Menu masakan yang sangat ringkas namun aku bersyukur kerana itu adalah rezeki buat kami sekeluarga. Tiba-tiba tepat pukul 3.34 petang, aku mendapat panggilan dari IKM Sik untuk temuduga sebagai tenaga pengajar disitu. Alhamdulillah, aku bersyukur yang teramat. Mudah-mudahan Allah memudahkan setiap urusanku. Emak orang yang paling gembira. Mungkin ini adalah berkat melakukan solat sunat Dhuha dan wang 4 ringgit tadi. Balasan Allah pasti akan ada untuk setiap nawaitu yang baik dan betul. Syukur Alhamdulillah. Berkongsilah rezeki walaupun sedikit kerana akan ada keberkatan disitu. InsyaALLAH

Khamis, 12 Januari 2012
PART 1 : KEHIDUPAN BERMULA
Hari yang dinanti-nanti tiba jua. Sepasang pengantin dua sejoli telah tiba di masjid untuk majlis akad nikah. Pengantin lelaki begitu segak dalam sepersalinan baju melayu putih gading dipadankan pula dengan kain sampin berwarna biru muda seakan-akan warna turqoise. Manakala pengantin perempuan diiringi beberapa orang saudara dan sahabat karib melangkah masuk ke dalam masjid. Semua mata tertumpu ke arah pengantin perempuan yang mengenakan sepasang baju kurung moden berwarna putih gading disulami dengan manik2 berwarna pink dan biru turqoise, sangat cantik dan mempesonakan. Pengantin perempuan duduk bersimpuh, berdebar-debar menantikan lafaz sakinah. Pengantin lelaki apatah lagi, namun dia kelihatan sangat tenang berdepan dengan Tok Kadi. Tiba-tiba Tok Kadi bersuara, "boleh kita mulakan sekarang?" Pengantin lelaki mengangguk setuju. Makin kuat debaran yang dirasakan kedua-dua pengantin. Pelbagai perasaan yang dirasakan saat itu.
Alhamdulillah....hanya dengan sekali lafaz, aku telah menjadi haknya, menjadi isterinya yang sah, menjadi kekasih halal buatnya. Begitu syahdu saat itu sehingga tanpa sedar aku menitiskan air mata dan tidak putus-putus melahirkan kesyukuran atas rahmat dan kasih sayangNYA. Dia menghampiriku untuk upacara membatalkan air sembahyang. Tiba-tiba aku lihat matanya basah. Aku pandang wajahnya, terpancar kegembiraan namun terdapat sesuatu yang tersembunyi di sebalik pandangan matanya yang basah. Dia mengambil tanganku, lalu menyarungkan cincin ke jari manis. Semua yang ada sangat gembira menyaksikan detik indah itu. Dengan penuh kasih aku menyambut tangannya, mencium tangan lelaki yang kini sudah menjadi suamiku, lalu dia pun mengucup dahiku lembut. Terasa ada getar dihatiku. Pertama kali disentuh lelaki yang halal buatku. Benar-benar syahdu dan indah saat itu. kemudian terdengar suara-suara yang sedang mengusik kami. Teruk kami 'dikenakan' waktu itu. Aku berdiri disebelah suami, sambil tangannya menggenggam erat tanganku. Ramai saudara mara dan sahabat handai mengambil kesempatan untuk bergambar dengan pengantin baru. Selesai majlis, saudara mara, sahabat handai dan rombongan pengantin lelaki menuju ke rumahku.
Sewaktu melangkah keluar dari masjid, aku menarik tangan suami. Aku pandang wajahnya. "Kenapa abi menangis tadi?" tanyaku meminta kepastian walaupun aku sendiri dapat mengagak kenapa dia menangis tadi. "Sayang pun menangis kan tadi?" Dia membalas pertanyaanku dengan soalan dan bukan jawapan. Aku hanya mengangguk. "Kenapa?"dia bertanya lagi. "Sayang bersyukur sangat sebab Allah makbulkan doa kita untuk bersatu, selepas kita lalui banyak ujian dan dugaan bersama-sama. Saya rasa sebak sangat sebab akhirnya cinta kita bersatu." Air mataku mengalir lagi. Cepat-cepat dia usap pipiku, menghapus air mata yang menuruni pipi. Dia pandangku dengan penuh kasih dan cinta. "Abi janji yang abi akan jaga sayang baik-baik macam mana ayah dan mak jaga sayang sebelum ini, jangan menangis ye sayang," tuturnya lembut seperti memujuk anak-anak kecil. Aku tersenyum, sungguh hatiku gembira saat itu. "Abi tak jawab lagi soalan sayang tadi." Aku masih inginkan kepastian. Aku terasa genggamannya makin erat, dipandangnya wajahku tanpa berkelip. "Abi teringatkan arwah ibu, abi rindu sangat dengan ibu. Kalau ibu ada, mungkin dia gembira sangat sebab arwah ibu nak sangat tengok sayang dengan abi kahwin."Dia tak dapat menahan lagi air mata, wajahnya ditundukkan dan terasa air hangat menitis di tanganku yang digenggam erat. Kali ini aku yang mengusap lembut pipinya, menyeka air matanya. Aku genggam erat tangannya.
"Abi....abi pandang sayang." Lembut aku memujuk suamiku. "Abi, sayang tahu sayang tak mungkin dapat jadi seperti arwah ibu, tapi sayang janji sayang akan sentiasa ada bersama abi, menjadi pendengar setia untuk abi, menjadi isteri yang sentiasa menyenangkan suami walaupun sayang tahu ada ketikanya sayang akan merajuk dengan abi macam budak2 kecil, sayang akan sentiasa pimpin tangan abi disaat abi jatuh rebah, sayang akan ada untuk abi, sayang janji....,"bergenang air mataku. Aku juga tak mampu lagi untuk menahan rasa sebak tatkala itu. Aku juga dapat merasakan kerinduan teramat yang bertapak dihati suamiku terhadap ibunda yang dikasihinya yang telah pergi buat selama-lamanya. Kami menangis di sudut penjuru masjid tanpa menyedari ada beberapa mata yang menonton drama sebabak itu. Aku dan suami termalu sendiri lalu tersenyum sambil jalan berpegangan tangan menuju ke kereta. Mereka sudah lama menanti di luar perkarangan masjid. "Buat apa lama-lama dalam masjid tu, kot ye pun tunggu la malam nanti," terdengar suara Pak Lang ku mengusik diiringi dengan gelak ketawa semua yang ada disitu. Suamiku hanya tersenyum 'slumber'. Aku tersenyum malu . Benar-benar malu diusik begitu.
Selesai menjamah hidangan dirumahku, suami dan rombongan pengantin lelaki pulang ke chalet yang ditempah selama dua malam untuk merehatkan badan. Esoknya pula adalah hari persandingan kami. Suasana dirumahku riuh rendah dengan saudara mara dan sahabat handai yang memenuhi segenap ruang di rumah. Masing-masing sibuk dengan tugas dan kerja masing-masing. Aku tidak berpeluang untuk berehat kerana sibuk menguruskan bilik pengantin, menyiapkan bunga telur, hantaran dan sebagainya. Hampir pukul 4 pagi barulah aku sempat melelapkan mata dan berehat sekejap sementara menanti waktu subuh. 11 pagi esoknya aku bergerak ke kedai pengantin untuk 'make up' dan 'fitting' baju pengantin. Aku dan suami telah sepakat untuk mengenakan sepasang baju pengantin purple gelap sewaktu majlis dirumahku. Suasana di sepanjang majlis persandingan kami cukup meriah. Walaupun majlis yang kami adakan sederhana namun aku bersyukur dengan kehadiran sanak saudara dan rakan-rakan yang datang memeriahkan majlis. Majlis berlangsung sehingga jam 6 petang. Aku dan suami agak keletihan melayan tetamu yang berkunjung namun kami cukup bahagia menyambut kedatangan mereka. Kawan-kawanku juga hadir, tak dilupakan hadiah buat kami berdua. Akhirnya saudara mara dan rakan-rakan mula meminta diri untuk pulang. Ramai yang sudah beransur pulang. Lauk kenduri yang lebih disedekahkan kepada saudara mara.
Aku dan suami merehatkan badan di bilik. Terasa melekit tubuhku dek seharian memakai baju pengantin. Aku mengambil tuala dan kain pelikat lalu diberikan kepada suami. "Abi ambil ni, pergi la mandi dulu, bersihkan badan dan rehat dulu ye." Dia menyambut dengan senyuman. "Terima kasih sayang." Aku ke dapur membantu emak dan adik beradik yang lain mengemaskan rumah. "Mak rehat la dulu, esok pagi kita sambung kemas rumah.ok," ujarku. Kasihan aku melihat emak yang kepenatan sejak dari semalam lagi. Ayah juga sudah keletihan dan tidur awal malam ini. Rumah kembali sunyi sepi apabila saudara mara sudah pulang. Abang dan adik pun masing-masing keletihan. Kerja kemas mengemas disambung pula keesokan harinya. Semua keletihan hari ini. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana majlisku berjalan lancar. Aku masuk ke bilik, mendapati suami sudah siap berbaju melayu dan berkain pelikat, menungguku untuk solat maghrib berjemaah. Aku bergegas ke bilik air untuk membersihkan tubuh. Terasa nyaman dan selesa apabila tubuh dikenakan air. Hilang sedikit rasa keletihan. Badanku kembali segar. Aku masuk kebilik dengan rambut yang masih berbungkus dengan tuala. Suasana yang dingin membuatkan aku terasa kesejukan. Tiba-tiba aku terasa ada mata yang memandang ke arahku. Aku terlupa sebentar yang aku sudah menjadi isteri orang. Sebelum ini aku hanya seorang diri didalam bilik dan kali ini berkongsi bilik dengan suami. Aku mula terasa malu apabila suami hanya memandangku sejak dari tadi. "Cepat, nanti terlepas pula maghrib,"ujar suamiku. Dia sudah berdiri di sejadah, membelakangkan aku. Aku cepat-cepat menyarungkan telekung. Berdiri dibelakangnya sebagai makmum. Syahdu mendengar suara suami azan dan iqamat. Selesai solat maghrib, suami berzikir dan berdoa. Aku turut mengaminkan doa. Lama dia berdoa, aku terdengar suaranya teresak-esak menahan sendu. Aku juga terasa sebak disaat itu. Kami sama-sama menanti waktu isyak dan terus solat Isyak berjemaah. Usai solat, aku salam tangannya dan mencium tangan suami. Dia membalas dengan kucupan lembut di dahi dan di kedua belah pipiku. Aku agak terkejut dan tertunduk malu. Aku benar2 bahagia di saat ini, memiliki seorang suami yang sangat penyayang, penuh rasa tanggungjawab dan menjadi imam di setiap solatku. Itu yang aku impikan selama ini. Itu adalah Maghrib dan Isyak yang pertama aku sebagai isteri. Aku menangis tanda kesyukuran.
Aku menanggalkan telekung dan menyidainya disudut bilik. Hadiah-hadiah yang diberikan oleh saudara mara dan kawan-kawan juga aku susun dan diletakkan disudut tepi bilik. Terasa letih malam ini untuk membuka dan melihat apa hadiah yang diberikan. Bilik yang agak bersepah aku kemaskan agar suami selesa. Tiba-tiba terasa ada mata yang memandang. Aku toleh memandang suamiku yang duduk di birai katil. Mata kami bertentangan. Aku terkedu seketika. "Err...kenapa abi pandang sayang macam tu," tanyaku walaupun aku benar-benar malu saat itu tatkala ditenung sedemikian. Pandangan matanya seolah-olah menembusi tubuhku. Dia diam seribu bahasa. Tidak menjawab pertanyaanku. Matanya masih merenung tajam ke arahku. Pipiku mula terasa panas, wajahku terasa merah. "Kenapa dengan dia ni," bisik hati kecilku. Aku benar-benar tidak tentu arah apabila ditenung lama seperti itu. "Ada yang tak kena ke dengan sayang?" tanyaku lagi, masih tidak puas hati. Aku memandang baju tidur warna purple dan putih yang terdapat kartun Mickey Mouse dihadapnnya. Kalau-kalau ada yang pelik. "Okey je baju aku ni,apa yang tak kena lagi ?" aku berkata sendirian. Suasana yang hening dan dingin malam itu membuatkan aku rasa 'takut'. Dia berjalan menghampiriku. Aku melangkah setapak ke belakang sehingga merapati dinding. "Kenapa dengan aku ni, takkan nak lari, dia kan suami aku," hatiku bermonolog. Aku jadi tak keruan saat itu. Makin lama dia makin menghampiriku. Matanya masih merenung tajam ke dalam anak mataku. Aku rasa ingin menjerit saat itu. Tak tahu kenapa, tapi yang pasti aku rasa sangat malu ditenung lama begitu.
"Salah ke abi nak pandang isteri abi malam ni?" lalu merapatkan tubuhnya ke arahku. Mukanya sangat serius. Tiada sedikit pun senyuman yang menghiasi wajahnya seperti siang tadi. Kenapa ni? Aku makin takut dengan situasi itu. Dia tunduk memandang tepat ke dalam wajahku. Aku larikan anak mataku ke arah lain apabila semakin lama renungan itu semakin tajam menikam anak mataku. "Pandang abi!" ujarnya tegas, sambil anak matanya cuba mencari anak mataku. Aku tak berdaya untuk melawan renungan matanya saat itu. Badanku mula terasa berpeluh kerana ketakutan. Jantung berdegup kencang, tanganku menggeletar. Terasa hembusan nafasnya hangat ditelingaku. Aku cuba melarikan diri namun tangannya pantas memaut pinggangku. Makin erat pelukannya padaku. Mukanya yang masih serius benar2 membuatkan aku ketakutan. "Sayang...err...sayang nak keluar kejap, nak tolong mak," aku mencari helah untuk melepaskan diri. Tak tahu apa yang merasuk suamiku malam itu sehingga dia bertindak demikian. Dia tak mengendahkan aku, pelukannya semakin dieratkan. Wajahnya semakin rapat ke wajahku. Aku memalingkan muka, aku benar-benar takut. Leher dan telingaku terasa panas dek hembusan nafasnya. Aku benar2 gugup di saat itu. Terasa ingin menangis. Aku tak mampu berbuat apa-apa saat itu. Pelukannya sangat erat. Badanku menggeletar hebat. Semakin lama wajahnya semakin menghampiri wajahku dan akhirnya.........aku memejamkan mata. Aku pasrah.
Tiba-tiba terdengar ketawa yang kuat. Aku membuka mata. Makin menjadi-jadi tawanya. Aku terdiam dan terkedu seketika. Memandang tepat ke arah suamiku. Air mata mula bergenang dikelopak mata. Aku terasa dipermainkan pada malam itu. Dia masih lagi ketawa melihat reaksi wajahku yang pucat dan terkejut. Aku menolak tubuhnya yang tadi menghimpitku. Aku ingin melangkah keluar dari bilik namun pantas dia menarik lenganku. Aku minta dilepaskan. Namun makin erat pegangan tangannya. Aku meronta-ronta minta dilepaskan. Aku mula menangis saat itu. Tubuhku dirangkul erat. Dia memandang tepat ke wajahku yang sudah dibasahi dengan air mata. Perlahan-lahan diusapnya pipiku. Aku masih cuba untuk melepaskan diri namun tidak berjaya. Makin kuat pelukan dipinggangku. Perlahan dia membisikkan ke telingaku. "Abi terlalu sayangkan sayang, abi cintakan sayang sepenuh jiwa abi. Abi rasa bahagia bila sayang dah jadi milik abi sepenuhnya. Abi suka pandang sayang sebab abi rasa makin sayang bila pandang sayang lama-lama. Sayang jangan marah ye, tadi tu abi cuma bergurau dengan sayang, tak bermaksud pun nak mempermainkan sayang. Maaf ye, senyum la sikit," sambil tangannya memaut lembut daguku. Aku masih diam. Merajuk kononnya. "Pandang la abi, jangan macam ni sayang. Takkan malam pertama sayang dah muncung macam ni dengan abi." Hatiku tercuit. Terasa lucu bila dipujuk seperti anak kecil. Aku sudah maklum benar dengan sikap suamiku yang nakal. Seringkali aku menjadi mangsanya. Namun aku benar-benar terhibur dengan sikapnya yang kadang kala nakal. "Tak mau, sayang merajuk dengan abi," ujarku untuk melihat reaksinya. "Jangan la merajuk sayang, nanti malam abi tidur nak peluk siapa?" suamiku masih belum berputus asa. "Malam ni abi tidur peluk bantal je. ok." "Sampai hati sayang."ujar suamiku seolah-olah merajuk. Hatiku terasa digeletek apabila melihat reaksi mukanya yang agak kecewa. Ketawaku meletus. Terasa lucu melihat wajahnya seperti kebuntuan tatkala gagal memujukku. "Oh, ketawakan abi ye, meh sini nak tarik hidung," pantas tangannya ingin menarik hidungku namun berjaya ditepis. "Eh melawan ye dia." Aku cuba untuk melarikan diri namun ditolaknya tubuhku ke atas katil. Aku sudah dapat membayangkan apa akan berlaku sebentar lagi. "Okey2, sayang mengalah. Sayang dah tak merajuk. Tapi abi lepaskan sayang ye," aku cuba merayu. Namun dia hanya tersenyum nakal memandangku. "No way dear, you'll be mine tonight." "Err...tapi...err...tapi sayang.....," "You'll be mine tonight, okey." terdengar bisikan lembut di telingaku. Dan malam itu aku benar-benar menjadi miliknya.

Hampir empat tahun aku menghabiskan masa di Universiti. Bermula Jun 2008, aku mendaftarkan diri sebagai mahasiswi di salah sebuah universiti tempatan. dan tamat pengajian pada Mac 2012, iaitu secara rasmi. Konvo belum pasti bila, ada ura-ura mengatakan bulan Mac ada juga yang mengatakan bulan Julai. Posting? tak usahlah bertanya, aku sendiri tak tahu jawapan yang pasti. Cuma serahkan pada takdir. Rezeki ada di mana-mana sahaja. Posting bukanlah menjadi isu utama yang hendak aku ceritakan disini, aku hanya ingin berkongsi rasa sepanjang empat tahun berada disini.
Di sini, aku mengenali empat orang sahabat yang aku kira kami agak rapat, sebabnya kami kenal sejak di zaman kolej lagi. Masa tahun kedua, iaitu sem 3, aku dah kawan2 berpindah tinggal di luar iaitu rumah sewa dan tidak lagi tinggal di kolej kediaman. Kami tidak layak untuk tinggal di kolej lagi, berikutan keberanian kami untuk melanggar peraturan kolej. Bukankah peraturan itu dicipta untuk dilanggar? hehe...Kami telah dipanggil oleh pengetua kolej atas kesalahan memasak, barang-barang dapur seperti bawang, telur, cili, sarding dan sebagainya semua dirampas. Sungguh waktu itu kami tidak merasa begitu gentar, aku terpaksa berdepan dengan pengetua, kawan2 lain takut untuk bersuara. Alhamdulillah, baik rupanya pengetua ni, macam ayah menasihati anak2nya. Tak banyak kenangan yang terpahat ketika di kolej. Mungkin lebih banyak pengalaman 'ngeri' iaitu kami terpaksa menunggu bas untuk pulang ke kolej yang agak jauh dengan kampus. Paling perit ketika bulan puasa apabila terpaksa berebut bas dan adakalanya terpaksa berbuka dengan air kosong di atas bas.
Setelah berpindah ke rumah sewa, disini lah kami merasai pelbagai pengalaman, dimana kami belajar untuk berdikari tentang segalanya. Kami perlu menguruskan rumah, 'settle'kan segala bil api, air dan internet, pergi ke pasar membeli sayur dan ikan (ketika ada motor). Kadang2 terasa seperti seorang suri rumah cuma bezanya masih belum bersuami. hehe. Bila tinggal dengan kawan2, macam-macam pengalaman yang aku rasa. Biasa la kalau ada yang tak puas hati, pentingkan diri sendiri, suka mengungkit dan tak kurang juga ada yang pemalas. Tunggu makanan dah siap dan terhidang, dengan muka tak malu duduk bersila menjamah makanan. Kadang pinggan mangkuk dibiarkan bersepah, maklumla dah rasa macam Maam besar kat rumah tu. Harapkan badan je besar tapi pemalas. Kesian bakal suami nanti dapat isteri macam tu. Macam2 rasa masa tu, sakit hati, hilang sabar, semuanya terpaksa ditelan dek perangai kawan2 sendiri.
Sebenarnya, kehidupan di universiti yang aku alami saat ini tak seindah yang aku bayangkan sebelum melangkah ke alam universiti. Aku gemar membaca novel suatu masa dulu, suasana dan pengalaman yang diceritakan penulis dalam novelnya sungguh indah dan menarik. Tapi, malangnya aku tak merasai kemanisan itu. Apa yang aku rasakan adalah sebaliknya. Aku lebih banyak memendam rasa selepas peristiwa 17 Januari 2011. Aku tak perlu ceritakan secara terperinci tapi cukuplah semua itu terpahat dalam minda dan ingatan walaupun sangat sukar untuk ditelan. Disebabkan peristiwa itu juga, aku berubah menjadi seorang yang perahsia dan pendiam. Segalanya sangat meninggalkan kesan yang mendalam di hatiku.
Aku sukar sama sekali mempercayai seseorang walaupun dia pernah menjadi kawan baik suatu masa dulu. Hati manusia, siapa yang tahu melainkan DIA. Di sini aku benar-benar mengenali erti persahabatan dan aku benar2 mengenali siapa sahabat dan siapa musuh. Namun, aku tidak sama sekali ingin mencipta musuh. Biar sebusuk mana pun hatinya, akan tetap ku anggap sebagai kawan. Dan aku tidak pernah kesal seandainya aku tidak berjaya mencipta kenangan manis dan indah di universiti seperti orang lain, sebab aku akan pergi tinggalkan semuanya. Biar kenangan pahit berlalu pergi dan hanya tinggal dalam lipatan memori.
Aku hanya ada dua orang sahabat baik yang sangat2 memahami diri ini, cukuplah..Aku bersyukur kerana masih ada yang sudi memahami hati & perasaan ini, walaupun masih ada juga yang menghina dan mencerca di belakang. 18 Januari 2012. Aku akan tinggalkan tempat bersejarah ini, aku akan tinggalkan semuanya disini...

Rabu, 11 Januari 2012
Realiti atau Fantasi?
Alhamdulillah...tiba-tiba mendapat ilham atau ter'inspirasi' untuk menulis kisah seorang guru setelah terbaca 'post' atau status dari seorang hamba Allah ini yang benar-benar berkehendakan seorang isteri yang bekerja sebagai guru. Terasa lucu dan kelakar, tapi mungkin ada benar apa yang ditulis beliau. Begitu indah situasi seorang suami apabila memiliki isteri yang bekerja sebagai guru, ataukah itu hanya imaginasi yang tak mungkin dapat diterjemahkan ke alam realiti? Berikut adalah imaginasi beliau :
"Tak tahu kenapa, terasa nak mencari pasangan yang bekerja sebagai guru. Sbb nanti boleh ikut si dia ke latihan rumah sukan, lawatan Petrosains, makan nasi ayam kantin, tunggu si dia depan sekolah atas moto sambil beli air soya yang di jual di hadapan sekolah dll (ceh, baik aku sendiri jadi cikgu!) "

Indah bukan angan-angan beliau?
Hakikatnya mungkin seperti berikut atau juga bukan seperti yang diimpikan...jika
suami anda tidak seperti itu.
Tidak berminat untuk mengetahui aktiviti isteri (seorang guru) disekolah.
Tidak peduli tekanan atau masalah isteri di sekolah.
Terlalu sibuk dengan kerja sendiri, mana mungkin dapat luangkan masa untuk ke latihan rumah sukan, lawatan Petrosains dan lain2 bersama isteri.
Hidup ini indah hanya dengan berimaginasi
Namun, padaku, walaupun hanya berkesempatan untuk menjalani praktikal selama 14 minggu di sekolah menengah, namun ianya pengalaman yang cukup menarik dan aku sangat merindui pelajar-pelajar dan suasana sekolah tersebut.
Pengalaman yang paling menarik, seingat aku ialah ketika karnival Relay, dimana kami (cikgu2 praktikal) ditugaskan menjadi hakim balapan. Terasa seperti masih di alam persekolahan ditambah pula, apabila terasa jiwa yang masih muda remaja seperti belasan tahun, menyebabkan kadang2 kami berperwatakan seperti budak-budak sekolah berusia 16 @ 17 tahun tanpa disedari.
Berbalik kepada situasi, jika isteri seorang guru, aku juga dapat bayangkan beberapa keadaan apabila aku bergelar guru kelak serta berkahwin nanti dan punyai anak.
Situasi 1 : memandangkan sekarang aku tidak pandai memandu dan agak takut untuk memandu (walaupun sudah mempunyai lesen kereta ), aku benar-benar berharap bakal suami akan hantarkan aku kesekolah setiap pagi dan menjemput aku pulang. Apabila tiba sahaja di sekolah, aku akan salam dan mencium tangan suami (di dalam kereta) sambil berkata, "terima kasih abi, balik nanti jangan lewat datang jemput sayang tau". Sambil diperhatikan beberapa orang pelajar perempuan, cemburu agaknya atau mungkin juga suka melihat keintiman dan kemesraan kami berdua.
"Bertuahnya cikgu tu, hari-hari suami hantar & jemput. dah la suami dia handsome!" mungkin itu adalah bisikan-bisikan yang akan sering bermain ditelinga mereka.
Situasi 2 : Ketika Kejohanan Sukan & Balapan sekolah, aku akan membawa suami dan anak2 untuk bersama-sama merasai kemeriahan karnival sukan tahunan sekolah. Tatkala melewati pelajar-pelajar yang bersorak untuk menyaksikan acara balapan, tiba-tiba aku dikerumuni sekumpulan pelajar perempuan iaitu pelajar dari kelas yang aku mengajar dan ada juga pelajar yang aku tidak pernah ajar, lalu menegur
"Cikgu! comelnya anak-anak cikgu. saya nak dukung yang baby girl ni, siapa nama ni?"
"Yang abang ni namanya Muhammad Ariff Muadzim, yang perempuan ni Nur Nafisyatul Ilmi"
"Kiteorang nak pinjam sekejap cikgu, nak bawak pergi main kat sana"
"Jangan sampai dia menangis sudah"
"Cikgu, handsome la suami cikgu, " tanpa segan silu tegur seorang pelajar perempuan sambil menjeling ke arah suamiku yang berseluar slack jeans warna hitam ditambah pula dengan baju kemeja petak-petak berwarna putih dan coklat.
"Amboi, jangan puji suami cikgu banyak sangat, nanti kembang dia" ujarku sambil tersenyum ke arah suami
Mungkin banyak lagi situasi yang cukup menarik dalam kehidupan sebagai seorang guru. Indah bukan?hehe
Tapi, hidup ini tak selalunya indah, namun keindahan itu sentiasa dapat dicipta sekiranya kita bijak menciptanya.Situasi yang ku ceritakan ini adalah berdasarkan realiti sebenar tatkala mengimbau kembali zaman sekolah dulu dimana anak-anak cikgu yang comel sering membuatkan kami tidak sabar untuk memiliki anak sendiri, suami cikgu yang handsome sering menjadi santapan mata dan bahan untuk diusya, dan segalanya yang dilakukan cikgu itu sentiasa menjadi perhatian pelajar.
Aku tidak tahu bagaimana situasi aku sebagai guru nanti. menjadi guru disekolah dan menjadi ibu dan isteri di rumah. Buat Bakal suamiku yang sedang membaca entry ini, sila ambil perhatian situasi 1 tu ye...hehe...
Arghh, tak sabarnya nak kahwin!! (tiba2 je) ^_^
Langgan:
Catatan (Atom)