Rabu, 6 Julai 2011

(^___^)

Kadang-kadang bila org yg tak kenal kita, dan pertama kali kita kenal, first impression & persepsi dieorg terhadap kita juga mungkin berbagai. Orang akan buat andaian terhadap kita mungkin dari segi pemakaian, percakapan atau pergaulan kita. Kadang-kadang org yg dah lama saling mengenali pun tak semestinya dia 'kenal' orang tu, apatah lagi org yg tak pernah mengenali antara satu sama lain. Sebab tu ada pepatah 'tak kenal maka tak cinta'.

Sebab tu penting utk kita mengenali seseorang sebelum membuat persepsi terhadap org tersebut, tapi kebanyakan dari kita (terutamanya perempuan melayu) sorry to say, sangat suka membuat andaian negatif terhadap seseorang. Aku bukan nak kutuk kaum sendiri tapi inilah hakikatnya. Sebenarnya aku tak gemar membuat andaian terutama andaian negatif terhadap org yg aku tak kenal. Kadang salah satu sebab kenapa kita membuat andaian negatif ialah sebab mendengar cerita-cerita kurang enak tentang si polan tersebut. Padahal kita tahu ke kesahihan cerita tu atau ada org2 yg tak puas hati mereka cerita sebabkan hasad dengki atau iri hati.

Aku mengaku aku pernah membuat andaian negatif, tu pun bersebab!. Aku pernah alami satu situasi, dimana aku pernah berselisih dengan seorang hamba Allah ni dan aku pun menghadiakan senyuman, tapi jangan kata nak senyum, pandang pun tak. Seolah-olah aku tak wujud kat situ, aku agak pelik dan tertanya-tanya juga, aku ada buat salah ke dgn dia. Padahal aku baru je kenal, dan tak pernah pun bertegur sapa. Aku cuba la nak bermesra, at least aku hadiahkan senyuman, tapi ntahla, mungkin memang dia
'tak nampak' aku ada kat situ. Aku malas nak fikirkan sgt hal remeh-temeh mcm tu

Kenapa ya ada org selalu bersangka buruk dgn org lain? Cepat sangat membuat andaian buruk dan menuduh yg bukan-bukan padahal tak tahu hujung pangkal cerita. Agaknya bila dah terkena kat batang hidung sendiri baru terngadah kot. Bak kata orang tua-tua, baru tahu langit tu tinggi rendah. Kadang orang yang pura-pura baik dgn kita tu sebenarnya gunting dalam lipatan. Sanggup tikam kawan dari belakang. Orang macam ni takda perasaan bersalah langsung. Dasyat.

Orang yg dilahirkan dengan penuh sifat penyayang dan simpati yg menebal dalam diri, takkan sanggup mengkhianati sahabat @ sesiapa sahaja. Mungkin akan terfikir banyak kali utk buat jahat dgn org lain sbb tak sampai hati. Orang macam ni kadang-kadang orang buat kejahatan dgn dia pun, akan dibalasnya dengan kebaikan. Tapi tak ramai yg memiliki hati semulia tu.

Biar apa pun persepsi orang terhadap kita, sama ada baik @ buruk, perlu terima dengan hati yg ikhlas. Sentiasa senyum menerima apa jua teguran dan pandangan. Biar setinggi mana pun kita terbang di awan, jangan lupa rumput di darat. Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Biar siapa pun kita, jadilah diri sendiri. Ikhlas dlm melakukan apa jua, nawaitu hanya kerana Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan