Isnin, 4 Julai 2011

Semoga Allah bagi Taufik & Hidayah kepada 'mereka-mereka' yang gelap hatinya

Alhamdulillah...aku rasa makin tenang dengan kehidupan sekarang selepas aku dah serahkan semua urusan kepada Allah. Mungkin kadang2 kesabaran tu mengatasi segalanya. Segala rasa sakit, marah, dendam, dan macam-macam lagi akan terhapus jika kita ikhlaskan hati terima apa jua ketentuan Ilahi. Mungkin kita akan rasa marah, benci bila dah teraniaya, tapi siapalah kita untuk menghukum mereka-mereka ini. Yang berhak utk menghukum hanya Yang Maha Berkuasa. Percaya pada hukum karma, setiap perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikan, begitu juga sebaliknya. Kalau tak dibalas didunia, mungkin di akhirat. Tapi kita berdoalah supaya 'mereka-mereka' ini diberi taufik dan hidayah agar terpancar iman dari dalam hati. Selalunya hati yg penuh dengan dendam, hasad dengki adalah hati yg sgt kotor. Hati yg kotor takkan terpancar cahaya keimanan dari dalam hati mereka. Sungguh kesian golongan-golongan seperti ni. Hati takkan pernah tenteram dan aman, kehidupan jadi kucar-kacir, nak beribadat pun tak khusyuk sbb asyik fikir dendam kesumat yg tak terbalas..alahai manusia. Hidup kat dunia ni sementara je, kalau dunia ni kita yg punya, boleh la buat apa saja. Udara yg kita bernafas ni pun hanya pinjaman, apatah lagi segala yg kita miliki, bukan kekal abadi. Mungkin ada yg puas hati sebab dapat menganiaya org lain, merampas sesuatu yg bukan kepunyaannya, tamak haloba kan. Kesian sgt...Semua tu Allah boleh ambik balik sekelip mata je, ntah2 nikmat waras pun Allah boleh tarik bila2 masa je, silap hari bulan jadi gila meroyan lepas bersalin...opsss..(ape aku melalut ni...huhuhu)...Bukan ape, ada orang yg Allah beri nikmat hidup lama sgt sampai usia emas, tp tetap tak insaf kan. kesian sgt...Patutnya kena banyak bersyukur sebab Allah bg peluang utk hidup lama supaya ada masa utk bertaubat, beribadat kepada Dia, bukannya melakukan penganiayaan atas muka bumi ni. Kadang org mcm ni Allah dah tarik nikmat bersyukur, sbb tu sentiasa rasa tak puas dgn apa yg dia ada sampaikan kehidupan org lain pun dia nak atur. Sebenarnya harta yg banyak pun salah satu ujian Allah (tapi kebanyakan org akan anggap ianya rezeki Allah). Tapi kita tahu ke macam mana nak belanjakan harta tu ke jalan Allah...kadang disebabkan perkara yg kita anggap 'kecil' dan remeh itu lah yg membawa kesan kepada keturunan kita kelak. Mungkin takda keberkatan dalam mencari rezeki tu. Sebab tu 'orang-orang' seperti ni sentiasa rasa tamak dan tak cukup. Sampaikan selalu fikir orang miskin dan hidup sederhana ni 'kebulur' harta dia. huhu...lagi kesian. Tak mati pun kalau tak dapat harta awak,awak ni. Selama ni aku hidup pun bukan atas harta kau! (oppss! terlebih suda) .Semoga 'mereka-mereka' ni mendapat hidayah Allah...amin
p/s : tak hidup dek puji, tak mati dek keji

Tiada ulasan:

Catat Ulasan