Khamis, 30 Jun 2011
Akan Ada Kemanisan Di Penghujung Derita
Aku teringat peristiwa 3 tahun lepas, saat aku pernah rasa kecewa suatu masa dulu. Ntahla, tak tahu nak gambarkan perasaan masa tu. Aku hanya mampu menangis dalam hati. Setiap masa aku pasti akan bertanya pada diri sendiri. Aku ni tak layak ke untuk disayangi & menyayangi?Aku tak layak ke utk rasa bahagia?Aku tak layak ke utk merasai kasih sayang yg tulus & suci?Aku tak layak ke utk semua itu? Itulah soalah yg selalu timbul dalam benak hati.Kadang masa naik bas ke, masa berjalan ke kelas, itu yg selalu aku fikirkan. Terasa kosong. Tapi bila hati selalu mengingati Allah, semua tu makin lama makin terhapus. Segala rasa kecewa dan sakit mula beransur pergi. Syukur sebab aku dah tak rasa sakit macam dulu. Kehidupan mula berubah sedikit. Tapi aku takkan lupa satu perkara, setiap kali aku naik bas dari kolej ke kampus, masa tu macam2 yg bermain di fikiran dan satu perkara yg aku tak pernah lupa adalah berdoa didalam hati. Itu yg aku selalu buat supaya dapat memujuk hati yg lara. Kadang aku rasa sebak, tiba2 air mata nak tumpah tapi aku tahan juga, malu kalau org nampak. Tapi hati aku memang pedih, kadang air mata tu tak dapat aku tahan2 lagi, aku menangis juga. Dalam aku menangis tu, aku selalu berdoa. "Ya Allah, aku sentiasa mengharapkan rahmat & kasih sayangMu, Kau temukanlah aku dengan lelaki yg benar-benar ikhlas menyayangi dan mencintaiku. Lelaki yg ikhlas menerima diriku dan keluargaku seadanya. Amin". Itu antara doa yg tak pernah aku lupa utk berdoa didalam hati setiap kali aku rasa sedih & sebak. Jauh disudut hatiku, aku yakin Allah pasti akan makbulkan doaku. Dan hari ini, setelah sekian lama kesabaran aku teruji, Allah makbulkan jua doaku. Aku mengenali seorang lelaki yg benar2 tulus & ikhlas menyayangi & mencintaiku. Subhanallah, aku menangis kerana rupa2nya masih ada lelaki yg ikhlas menerima diriku yg terlalu banyak kekurangan ini. Aku dapat rasakan kasih sayang dan cinta yg sangat tulus. Setiap kali selepas solat, aku pasti bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah mempertemukan aku dengan lelaki yg aku impikan selama ini. Kenangan masa mula2 kenal dulu sangat membahagiakan. Namun, panas bukanlah sampai ke petang. Kami diuji dengan bermacam-macam dugaan. Tapi, aku tak tahu kenapa sampai saat ini, aku tak mampu utk berhenti mencintai dirinya, malah makin lama perasaan sayang semakin kuat dan utuh. Hikmah disebalik setiap kejadian ini hanya Allah jua yg Maha Mengetahui. Sekali lagi aku terpaksa utk merasai kesakitan yg dulu aku pernah rasai, namun aku ikhlaskan hati utk terima semua ini dengan hati yg redha. Jauh disudut hatiku, aku yakin Allah akan tetap makbulkan doa2ku sepertimana Dia pernah makbulkan doaku suatu masa dulu. Aku sentiasa yakin Allah akan berikan yg terbaik utk diriku dan dia. Allah Maha Kaya. Dia maha mengetahui apa yg kita rasai. Setiap perbuatan baik pasti akan dibalas dengan kebaikan. Aku sentiasa yakin akan ada kemanisan di penghujung derita buat mereka yang sabar, insyaALLAH...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan