Hampir empat tahun aku menghabiskan masa di Universiti. Bermula Jun 2008, aku mendaftarkan diri sebagai mahasiswi di salah sebuah universiti tempatan. dan tamat pengajian pada Mac 2012, iaitu secara rasmi. Konvo belum pasti bila, ada ura-ura mengatakan bulan Mac ada juga yang mengatakan bulan Julai. Posting? tak usahlah bertanya, aku sendiri tak tahu jawapan yang pasti. Cuma serahkan pada takdir. Rezeki ada di mana-mana sahaja. Posting bukanlah menjadi isu utama yang hendak aku ceritakan disini, aku hanya ingin berkongsi rasa sepanjang empat tahun berada disini.
Di sini, aku mengenali empat orang sahabat yang aku kira kami agak rapat, sebabnya kami kenal sejak di zaman kolej lagi. Masa tahun kedua, iaitu sem 3, aku dah kawan2 berpindah tinggal di luar iaitu rumah sewa dan tidak lagi tinggal di kolej kediaman. Kami tidak layak untuk tinggal di kolej lagi, berikutan keberanian kami untuk melanggar peraturan kolej. Bukankah peraturan itu dicipta untuk dilanggar? hehe...Kami telah dipanggil oleh pengetua kolej atas kesalahan memasak, barang-barang dapur seperti bawang, telur, cili, sarding dan sebagainya semua dirampas. Sungguh waktu itu kami tidak merasa begitu gentar, aku terpaksa berdepan dengan pengetua, kawan2 lain takut untuk bersuara. Alhamdulillah, baik rupanya pengetua ni, macam ayah menasihati anak2nya. Tak banyak kenangan yang terpahat ketika di kolej. Mungkin lebih banyak pengalaman 'ngeri' iaitu kami terpaksa menunggu bas untuk pulang ke kolej yang agak jauh dengan kampus. Paling perit ketika bulan puasa apabila terpaksa berebut bas dan adakalanya terpaksa berbuka dengan air kosong di atas bas.
Setelah berpindah ke rumah sewa, disini lah kami merasai pelbagai pengalaman, dimana kami belajar untuk berdikari tentang segalanya. Kami perlu menguruskan rumah, 'settle'kan segala bil api, air dan internet, pergi ke pasar membeli sayur dan ikan (ketika ada motor). Kadang2 terasa seperti seorang suri rumah cuma bezanya masih belum bersuami. hehe. Bila tinggal dengan kawan2, macam-macam pengalaman yang aku rasa. Biasa la kalau ada yang tak puas hati, pentingkan diri sendiri, suka mengungkit dan tak kurang juga ada yang pemalas. Tunggu makanan dah siap dan terhidang, dengan muka tak malu duduk bersila menjamah makanan. Kadang pinggan mangkuk dibiarkan bersepah, maklumla dah rasa macam Maam besar kat rumah tu. Harapkan badan je besar tapi pemalas. Kesian bakal suami nanti dapat isteri macam tu. Macam2 rasa masa tu, sakit hati, hilang sabar, semuanya terpaksa ditelan dek perangai kawan2 sendiri.
Sebenarnya, kehidupan di universiti yang aku alami saat ini tak seindah yang aku bayangkan sebelum melangkah ke alam universiti. Aku gemar membaca novel suatu masa dulu, suasana dan pengalaman yang diceritakan penulis dalam novelnya sungguh indah dan menarik. Tapi, malangnya aku tak merasai kemanisan itu. Apa yang aku rasakan adalah sebaliknya. Aku lebih banyak memendam rasa selepas peristiwa 17 Januari 2011. Aku tak perlu ceritakan secara terperinci tapi cukuplah semua itu terpahat dalam minda dan ingatan walaupun sangat sukar untuk ditelan. Disebabkan peristiwa itu juga, aku berubah menjadi seorang yang perahsia dan pendiam. Segalanya sangat meninggalkan kesan yang mendalam di hatiku.
Aku sukar sama sekali mempercayai seseorang walaupun dia pernah menjadi kawan baik suatu masa dulu. Hati manusia, siapa yang tahu melainkan DIA. Di sini aku benar-benar mengenali erti persahabatan dan aku benar2 mengenali siapa sahabat dan siapa musuh. Namun, aku tidak sama sekali ingin mencipta musuh. Biar sebusuk mana pun hatinya, akan tetap ku anggap sebagai kawan. Dan aku tidak pernah kesal seandainya aku tidak berjaya mencipta kenangan manis dan indah di universiti seperti orang lain, sebab aku akan pergi tinggalkan semuanya. Biar kenangan pahit berlalu pergi dan hanya tinggal dalam lipatan memori.
Aku hanya ada dua orang sahabat baik yang sangat2 memahami diri ini, cukuplah..Aku bersyukur kerana masih ada yang sudi memahami hati & perasaan ini, walaupun masih ada juga yang menghina dan mencerca di belakang. 18 Januari 2012. Aku akan tinggalkan tempat bersejarah ini, aku akan tinggalkan semuanya disini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan