"Tak tahu kenapa, terasa nak mencari pasangan yang bekerja sebagai guru. Sbb nanti boleh ikut si dia ke latihan rumah sukan, lawatan Petrosains, makan nasi ayam kantin, tunggu si dia depan sekolah atas moto sambil beli air soya yang di jual di hadapan sekolah dll (ceh, baik aku sendiri jadi cikgu!) "
Indah bukan angan-angan beliau?
Hakikatnya mungkin seperti berikut atau juga bukan seperti yang diimpikan...jika
suami anda tidak seperti itu.
Tidak berminat untuk mengetahui aktiviti isteri (seorang guru) disekolah.
Tidak peduli tekanan atau masalah isteri di sekolah.
Terlalu sibuk dengan kerja sendiri, mana mungkin dapat luangkan masa untuk ke latihan rumah sukan, lawatan Petrosains dan lain2 bersama isteri.
Hidup ini indah hanya dengan berimaginasi
Namun, padaku, walaupun hanya berkesempatan untuk menjalani praktikal selama 14 minggu di sekolah menengah, namun ianya pengalaman yang cukup menarik dan aku sangat merindui pelajar-pelajar dan suasana sekolah tersebut.
Pengalaman yang paling menarik, seingat aku ialah ketika karnival Relay, dimana kami (cikgu2 praktikal) ditugaskan menjadi hakim balapan. Terasa seperti masih di alam persekolahan ditambah pula, apabila terasa jiwa yang masih muda remaja seperti belasan tahun, menyebabkan kadang2 kami berperwatakan seperti budak-budak sekolah berusia 16 @ 17 tahun tanpa disedari.
Berbalik kepada situasi, jika isteri seorang guru, aku juga dapat bayangkan beberapa keadaan apabila aku bergelar guru kelak serta berkahwin nanti dan punyai anak.
Situasi 1 : memandangkan sekarang aku tidak pandai memandu dan agak takut untuk memandu (walaupun sudah mempunyai lesen kereta ), aku benar-benar berharap bakal suami akan hantarkan aku kesekolah setiap pagi dan menjemput aku pulang. Apabila tiba sahaja di sekolah, aku akan salam dan mencium tangan suami (di dalam kereta) sambil berkata, "terima kasih abi, balik nanti jangan lewat datang jemput sayang tau". Sambil diperhatikan beberapa orang pelajar perempuan, cemburu agaknya atau mungkin juga suka melihat keintiman dan kemesraan kami berdua.
"Bertuahnya cikgu tu, hari-hari suami hantar & jemput. dah la suami dia handsome!" mungkin itu adalah bisikan-bisikan yang akan sering bermain ditelinga mereka.
Situasi 2 : Ketika Kejohanan Sukan & Balapan sekolah, aku akan membawa suami dan anak2 untuk bersama-sama merasai kemeriahan karnival sukan tahunan sekolah. Tatkala melewati pelajar-pelajar yang bersorak untuk menyaksikan acara balapan, tiba-tiba aku dikerumuni sekumpulan pelajar perempuan iaitu pelajar dari kelas yang aku mengajar dan ada juga pelajar yang aku tidak pernah ajar, lalu menegur
"Cikgu! comelnya anak-anak cikgu. saya nak dukung yang baby girl ni, siapa nama ni?"
"Yang abang ni namanya Muhammad Ariff Muadzim, yang perempuan ni Nur Nafisyatul Ilmi"
"Kiteorang nak pinjam sekejap cikgu, nak bawak pergi main kat sana"
"Jangan sampai dia menangis sudah"
"Cikgu, handsome la suami cikgu, " tanpa segan silu tegur seorang pelajar perempuan sambil menjeling ke arah suamiku yang berseluar slack jeans warna hitam ditambah pula dengan baju kemeja petak-petak berwarna putih dan coklat.
"Amboi, jangan puji suami cikgu banyak sangat, nanti kembang dia" ujarku sambil tersenyum ke arah suami
Mungkin banyak lagi situasi yang cukup menarik dalam kehidupan sebagai seorang guru. Indah bukan?hehe
Tapi, hidup ini tak selalunya indah, namun keindahan itu sentiasa dapat dicipta sekiranya kita bijak menciptanya.Situasi yang ku ceritakan ini adalah berdasarkan realiti sebenar tatkala mengimbau kembali zaman sekolah dulu dimana anak-anak cikgu yang comel sering membuatkan kami tidak sabar untuk memiliki anak sendiri, suami cikgu yang handsome sering menjadi santapan mata dan bahan untuk diusya, dan segalanya yang dilakukan cikgu itu sentiasa menjadi perhatian pelajar.
Aku tidak tahu bagaimana situasi aku sebagai guru nanti. menjadi guru disekolah dan menjadi ibu dan isteri di rumah. Buat Bakal suamiku yang sedang membaca entry ini, sila ambil perhatian situasi 1 tu ye...hehe...
Arghh, tak sabarnya nak kahwin!! (tiba2 je) ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan