Hari yang dinanti-nanti tiba jua. Sepasang pengantin dua sejoli telah tiba di masjid untuk majlis akad nikah. Pengantin lelaki begitu segak dalam sepersalinan baju melayu putih gading dipadankan pula dengan kain sampin berwarna biru muda seakan-akan warna turqoise. Manakala pengantin perempuan diiringi beberapa orang saudara dan sahabat karib melangkah masuk ke dalam masjid. Semua mata tertumpu ke arah pengantin perempuan yang mengenakan sepasang baju kurung moden berwarna putih gading disulami dengan manik2 berwarna pink dan biru turqoise, sangat cantik dan mempesonakan. Pengantin perempuan duduk bersimpuh, berdebar-debar menantikan lafaz sakinah. Pengantin lelaki apatah lagi, namun dia kelihatan sangat tenang berdepan dengan Tok Kadi. Tiba-tiba Tok Kadi bersuara, "boleh kita mulakan sekarang?" Pengantin lelaki mengangguk setuju. Makin kuat debaran yang dirasakan kedua-dua pengantin. Pelbagai perasaan yang dirasakan saat itu.
Alhamdulillah....hanya dengan sekali lafaz, aku telah menjadi haknya, menjadi isterinya yang sah, menjadi kekasih halal buatnya. Begitu syahdu saat itu sehingga tanpa sedar aku menitiskan air mata dan tidak putus-putus melahirkan kesyukuran atas rahmat dan kasih sayangNYA. Dia menghampiriku untuk upacara membatalkan air sembahyang. Tiba-tiba aku lihat matanya basah. Aku pandang wajahnya, terpancar kegembiraan namun terdapat sesuatu yang tersembunyi di sebalik pandangan matanya yang basah. Dia mengambil tanganku, lalu menyarungkan cincin ke jari manis. Semua yang ada sangat gembira menyaksikan detik indah itu. Dengan penuh kasih aku menyambut tangannya, mencium tangan lelaki yang kini sudah menjadi suamiku, lalu dia pun mengucup dahiku lembut. Terasa ada getar dihatiku. Pertama kali disentuh lelaki yang halal buatku. Benar-benar syahdu dan indah saat itu. kemudian terdengar suara-suara yang sedang mengusik kami. Teruk kami 'dikenakan' waktu itu. Aku berdiri disebelah suami, sambil tangannya menggenggam erat tanganku. Ramai saudara mara dan sahabat handai mengambil kesempatan untuk bergambar dengan pengantin baru. Selesai majlis, saudara mara, sahabat handai dan rombongan pengantin lelaki menuju ke rumahku.
Sewaktu melangkah keluar dari masjid, aku menarik tangan suami. Aku pandang wajahnya. "Kenapa abi menangis tadi?" tanyaku meminta kepastian walaupun aku sendiri dapat mengagak kenapa dia menangis tadi. "Sayang pun menangis kan tadi?" Dia membalas pertanyaanku dengan soalan dan bukan jawapan. Aku hanya mengangguk. "Kenapa?"dia bertanya lagi. "Sayang bersyukur sangat sebab Allah makbulkan doa kita untuk bersatu, selepas kita lalui banyak ujian dan dugaan bersama-sama. Saya rasa sebak sangat sebab akhirnya cinta kita bersatu." Air mataku mengalir lagi. Cepat-cepat dia usap pipiku, menghapus air mata yang menuruni pipi. Dia pandangku dengan penuh kasih dan cinta. "Abi janji yang abi akan jaga sayang baik-baik macam mana ayah dan mak jaga sayang sebelum ini, jangan menangis ye sayang," tuturnya lembut seperti memujuk anak-anak kecil. Aku tersenyum, sungguh hatiku gembira saat itu. "Abi tak jawab lagi soalan sayang tadi." Aku masih inginkan kepastian. Aku terasa genggamannya makin erat, dipandangnya wajahku tanpa berkelip. "Abi teringatkan arwah ibu, abi rindu sangat dengan ibu. Kalau ibu ada, mungkin dia gembira sangat sebab arwah ibu nak sangat tengok sayang dengan abi kahwin."Dia tak dapat menahan lagi air mata, wajahnya ditundukkan dan terasa air hangat menitis di tanganku yang digenggam erat. Kali ini aku yang mengusap lembut pipinya, menyeka air matanya. Aku genggam erat tangannya.
"Abi....abi pandang sayang." Lembut aku memujuk suamiku. "Abi, sayang tahu sayang tak mungkin dapat jadi seperti arwah ibu, tapi sayang janji sayang akan sentiasa ada bersama abi, menjadi pendengar setia untuk abi, menjadi isteri yang sentiasa menyenangkan suami walaupun sayang tahu ada ketikanya sayang akan merajuk dengan abi macam budak2 kecil, sayang akan sentiasa pimpin tangan abi disaat abi jatuh rebah, sayang akan ada untuk abi, sayang janji....,"bergenang air mataku. Aku juga tak mampu lagi untuk menahan rasa sebak tatkala itu. Aku juga dapat merasakan kerinduan teramat yang bertapak dihati suamiku terhadap ibunda yang dikasihinya yang telah pergi buat selama-lamanya. Kami menangis di sudut penjuru masjid tanpa menyedari ada beberapa mata yang menonton drama sebabak itu. Aku dan suami termalu sendiri lalu tersenyum sambil jalan berpegangan tangan menuju ke kereta. Mereka sudah lama menanti di luar perkarangan masjid. "Buat apa lama-lama dalam masjid tu, kot ye pun tunggu la malam nanti," terdengar suara Pak Lang ku mengusik diiringi dengan gelak ketawa semua yang ada disitu. Suamiku hanya tersenyum 'slumber'. Aku tersenyum malu . Benar-benar malu diusik begitu.
Selesai menjamah hidangan dirumahku, suami dan rombongan pengantin lelaki pulang ke chalet yang ditempah selama dua malam untuk merehatkan badan. Esoknya pula adalah hari persandingan kami. Suasana dirumahku riuh rendah dengan saudara mara dan sahabat handai yang memenuhi segenap ruang di rumah. Masing-masing sibuk dengan tugas dan kerja masing-masing. Aku tidak berpeluang untuk berehat kerana sibuk menguruskan bilik pengantin, menyiapkan bunga telur, hantaran dan sebagainya. Hampir pukul 4 pagi barulah aku sempat melelapkan mata dan berehat sekejap sementara menanti waktu subuh. 11 pagi esoknya aku bergerak ke kedai pengantin untuk 'make up' dan 'fitting' baju pengantin. Aku dan suami telah sepakat untuk mengenakan sepasang baju pengantin purple gelap sewaktu majlis dirumahku. Suasana di sepanjang majlis persandingan kami cukup meriah. Walaupun majlis yang kami adakan sederhana namun aku bersyukur dengan kehadiran sanak saudara dan rakan-rakan yang datang memeriahkan majlis. Majlis berlangsung sehingga jam 6 petang. Aku dan suami agak keletihan melayan tetamu yang berkunjung namun kami cukup bahagia menyambut kedatangan mereka. Kawan-kawanku juga hadir, tak dilupakan hadiah buat kami berdua. Akhirnya saudara mara dan rakan-rakan mula meminta diri untuk pulang. Ramai yang sudah beransur pulang. Lauk kenduri yang lebih disedekahkan kepada saudara mara.
Aku dan suami merehatkan badan di bilik. Terasa melekit tubuhku dek seharian memakai baju pengantin. Aku mengambil tuala dan kain pelikat lalu diberikan kepada suami. "Abi ambil ni, pergi la mandi dulu, bersihkan badan dan rehat dulu ye." Dia menyambut dengan senyuman. "Terima kasih sayang." Aku ke dapur membantu emak dan adik beradik yang lain mengemaskan rumah. "Mak rehat la dulu, esok pagi kita sambung kemas rumah.ok," ujarku. Kasihan aku melihat emak yang kepenatan sejak dari semalam lagi. Ayah juga sudah keletihan dan tidur awal malam ini. Rumah kembali sunyi sepi apabila saudara mara sudah pulang. Abang dan adik pun masing-masing keletihan. Kerja kemas mengemas disambung pula keesokan harinya. Semua keletihan hari ini. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana majlisku berjalan lancar. Aku masuk ke bilik, mendapati suami sudah siap berbaju melayu dan berkain pelikat, menungguku untuk solat maghrib berjemaah. Aku bergegas ke bilik air untuk membersihkan tubuh. Terasa nyaman dan selesa apabila tubuh dikenakan air. Hilang sedikit rasa keletihan. Badanku kembali segar. Aku masuk kebilik dengan rambut yang masih berbungkus dengan tuala. Suasana yang dingin membuatkan aku terasa kesejukan. Tiba-tiba aku terasa ada mata yang memandang ke arahku. Aku terlupa sebentar yang aku sudah menjadi isteri orang. Sebelum ini aku hanya seorang diri didalam bilik dan kali ini berkongsi bilik dengan suami. Aku mula terasa malu apabila suami hanya memandangku sejak dari tadi. "Cepat, nanti terlepas pula maghrib,"ujar suamiku. Dia sudah berdiri di sejadah, membelakangkan aku. Aku cepat-cepat menyarungkan telekung. Berdiri dibelakangnya sebagai makmum. Syahdu mendengar suara suami azan dan iqamat. Selesai solat maghrib, suami berzikir dan berdoa. Aku turut mengaminkan doa. Lama dia berdoa, aku terdengar suaranya teresak-esak menahan sendu. Aku juga terasa sebak disaat itu. Kami sama-sama menanti waktu isyak dan terus solat Isyak berjemaah. Usai solat, aku salam tangannya dan mencium tangan suami. Dia membalas dengan kucupan lembut di dahi dan di kedua belah pipiku. Aku agak terkejut dan tertunduk malu. Aku benar2 bahagia di saat ini, memiliki seorang suami yang sangat penyayang, penuh rasa tanggungjawab dan menjadi imam di setiap solatku. Itu yang aku impikan selama ini. Itu adalah Maghrib dan Isyak yang pertama aku sebagai isteri. Aku menangis tanda kesyukuran.
Aku menanggalkan telekung dan menyidainya disudut bilik. Hadiah-hadiah yang diberikan oleh saudara mara dan kawan-kawan juga aku susun dan diletakkan disudut tepi bilik. Terasa letih malam ini untuk membuka dan melihat apa hadiah yang diberikan. Bilik yang agak bersepah aku kemaskan agar suami selesa. Tiba-tiba terasa ada mata yang memandang. Aku toleh memandang suamiku yang duduk di birai katil. Mata kami bertentangan. Aku terkedu seketika. "Err...kenapa abi pandang sayang macam tu," tanyaku walaupun aku benar-benar malu saat itu tatkala ditenung sedemikian. Pandangan matanya seolah-olah menembusi tubuhku. Dia diam seribu bahasa. Tidak menjawab pertanyaanku. Matanya masih merenung tajam ke arahku. Pipiku mula terasa panas, wajahku terasa merah. "Kenapa dengan dia ni," bisik hati kecilku. Aku benar-benar tidak tentu arah apabila ditenung lama seperti itu. "Ada yang tak kena ke dengan sayang?" tanyaku lagi, masih tidak puas hati. Aku memandang baju tidur warna purple dan putih yang terdapat kartun Mickey Mouse dihadapnnya. Kalau-kalau ada yang pelik. "Okey je baju aku ni,apa yang tak kena lagi ?" aku berkata sendirian. Suasana yang hening dan dingin malam itu membuatkan aku rasa 'takut'. Dia berjalan menghampiriku. Aku melangkah setapak ke belakang sehingga merapati dinding. "Kenapa dengan aku ni, takkan nak lari, dia kan suami aku," hatiku bermonolog. Aku jadi tak keruan saat itu. Makin lama dia makin menghampiriku. Matanya masih merenung tajam ke dalam anak mataku. Aku rasa ingin menjerit saat itu. Tak tahu kenapa, tapi yang pasti aku rasa sangat malu ditenung lama begitu.
"Salah ke abi nak pandang isteri abi malam ni?" lalu merapatkan tubuhnya ke arahku. Mukanya sangat serius. Tiada sedikit pun senyuman yang menghiasi wajahnya seperti siang tadi. Kenapa ni? Aku makin takut dengan situasi itu. Dia tunduk memandang tepat ke dalam wajahku. Aku larikan anak mataku ke arah lain apabila semakin lama renungan itu semakin tajam menikam anak mataku. "Pandang abi!" ujarnya tegas, sambil anak matanya cuba mencari anak mataku. Aku tak berdaya untuk melawan renungan matanya saat itu. Badanku mula terasa berpeluh kerana ketakutan. Jantung berdegup kencang, tanganku menggeletar. Terasa hembusan nafasnya hangat ditelingaku. Aku cuba melarikan diri namun tangannya pantas memaut pinggangku. Makin erat pelukannya padaku. Mukanya yang masih serius benar2 membuatkan aku ketakutan. "Sayang...err...sayang nak keluar kejap, nak tolong mak," aku mencari helah untuk melepaskan diri. Tak tahu apa yang merasuk suamiku malam itu sehingga dia bertindak demikian. Dia tak mengendahkan aku, pelukannya semakin dieratkan. Wajahnya semakin rapat ke wajahku. Aku memalingkan muka, aku benar-benar takut. Leher dan telingaku terasa panas dek hembusan nafasnya. Aku benar2 gugup di saat itu. Terasa ingin menangis. Aku tak mampu berbuat apa-apa saat itu. Pelukannya sangat erat. Badanku menggeletar hebat. Semakin lama wajahnya semakin menghampiri wajahku dan akhirnya.........aku memejamkan mata. Aku pasrah.
Tiba-tiba terdengar ketawa yang kuat. Aku membuka mata. Makin menjadi-jadi tawanya. Aku terdiam dan terkedu seketika. Memandang tepat ke arah suamiku. Air mata mula bergenang dikelopak mata. Aku terasa dipermainkan pada malam itu. Dia masih lagi ketawa melihat reaksi wajahku yang pucat dan terkejut. Aku menolak tubuhnya yang tadi menghimpitku. Aku ingin melangkah keluar dari bilik namun pantas dia menarik lenganku. Aku minta dilepaskan. Namun makin erat pegangan tangannya. Aku meronta-ronta minta dilepaskan. Aku mula menangis saat itu. Tubuhku dirangkul erat. Dia memandang tepat ke wajahku yang sudah dibasahi dengan air mata. Perlahan-lahan diusapnya pipiku. Aku masih cuba untuk melepaskan diri namun tidak berjaya. Makin kuat pelukan dipinggangku. Perlahan dia membisikkan ke telingaku. "Abi terlalu sayangkan sayang, abi cintakan sayang sepenuh jiwa abi. Abi rasa bahagia bila sayang dah jadi milik abi sepenuhnya. Abi suka pandang sayang sebab abi rasa makin sayang bila pandang sayang lama-lama. Sayang jangan marah ye, tadi tu abi cuma bergurau dengan sayang, tak bermaksud pun nak mempermainkan sayang. Maaf ye, senyum la sikit," sambil tangannya memaut lembut daguku. Aku masih diam. Merajuk kononnya. "Pandang la abi, jangan macam ni sayang. Takkan malam pertama sayang dah muncung macam ni dengan abi." Hatiku tercuit. Terasa lucu bila dipujuk seperti anak kecil. Aku sudah maklum benar dengan sikap suamiku yang nakal. Seringkali aku menjadi mangsanya. Namun aku benar-benar terhibur dengan sikapnya yang kadang kala nakal. "Tak mau, sayang merajuk dengan abi," ujarku untuk melihat reaksinya. "Jangan la merajuk sayang, nanti malam abi tidur nak peluk siapa?" suamiku masih belum berputus asa. "Malam ni abi tidur peluk bantal je. ok." "Sampai hati sayang."ujar suamiku seolah-olah merajuk. Hatiku terasa digeletek apabila melihat reaksi mukanya yang agak kecewa. Ketawaku meletus. Terasa lucu melihat wajahnya seperti kebuntuan tatkala gagal memujukku. "Oh, ketawakan abi ye, meh sini nak tarik hidung," pantas tangannya ingin menarik hidungku namun berjaya ditepis. "Eh melawan ye dia." Aku cuba untuk melarikan diri namun ditolaknya tubuhku ke atas katil. Aku sudah dapat membayangkan apa akan berlaku sebentar lagi. "Okey2, sayang mengalah. Sayang dah tak merajuk. Tapi abi lepaskan sayang ye," aku cuba merayu. Namun dia hanya tersenyum nakal memandangku. "No way dear, you'll be mine tonight." "Err...tapi...err...tapi sayang.....," "You'll be mine tonight, okey." terdengar bisikan lembut di telingaku. Dan malam itu aku benar-benar menjadi miliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan