Isnin, 16 April 2012

MUNGKIN KERANA 4 RINGGIT

10.04.2012
Dalam cuaca panas, aku tergesa-gesa keluar rumah ke Bank Islam untuk keluarkan duit. Memandangkan sekarang aku masih menganggur dan dalam proses meminta kerja sambilan, jadi aku terpaksa meminjam duit adik kerana ingin menolong seorang sahabat yang dalam kesusahan. Dia sangat memerlukan wang untuk perbelanjaan adik-adiknya. Aku tak sampai hati melihat dia dalam keadaan tertekan kerana wang. Jadi aku pinjamkan duit adik untuknya. Namun aku tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan, aku ikhlas ingin membantu. Seusai mengeluarkan wang dari Bank Islam, aku bergegas keluar menuju ke CIMB untuk 'bank-in' duit ke dalam akaunnya. Tatkala aku menolak pintu keluar dan ingin melangkah menuju ke motor, aku ditahan oleh dua orang wanita dalam lingkungan 40-an. Wanita itu ingin meminta derma untuk anak-anak yatim dengan menjual kepingan cd dan ubat barangkali. Aku bertanya berapa harga kedua-dua barang tersebut. " Yang cd ni harganya RM2O, yang ubat ni pula RM10,"katanya. Aku berfikir sejenak kerana dalam 'purse' hanya ada RM10. 5 ringgit duit mak bagi untuk beli barang dapur. Tinggal lagi 5 ringgit duit aku sendiri. Aku berfikir sejenak. Wanita tersebut seolah-olah memahami isi hatiku. Aku teringin sangat nak menderma lebih banyak namun aku juga perlukan wang. "Tak apa adik, kalau nak derma berapa pun tak kisah, derma seikhlas hati," ujar wanita tersebut setelah melihat aku terkebil-kebil di situ. "Nah akak ambil ni 4 ringgit, saya minta maaf sebab tak dapat derma banyak," ujarku agak kesal. "Tak apa dik, terima kasih banyak-banyak. Moga Allah murahkan rezeki adik, amin. " "Alhamdulillah, terima kasih kak." Aku berlalu dalam keadaan serba salah namun saat aku ingin sedekahkan duit tersebut, terlintas dihatiku, mungkin anak-anak yatim ini lebih memerlukan wang, biarpun jumlahnya sedikit, aku berdoa agar aku dapat membantu mereka. InsyaALLAH
Setelah selesai segala urusan, aku kembali membantu emak didapur. Menu masakan yang sangat ringkas namun aku bersyukur kerana itu adalah rezeki buat kami sekeluarga. Tiba-tiba tepat pukul 3.34 petang, aku mendapat panggilan dari IKM Sik untuk temuduga sebagai tenaga pengajar disitu. Alhamdulillah, aku bersyukur yang teramat. Mudah-mudahan Allah memudahkan setiap urusanku. Emak orang yang paling gembira. Mungkin ini adalah berkat melakukan solat sunat Dhuha dan wang 4 ringgit tadi. Balasan Allah pasti akan ada untuk setiap nawaitu yang baik dan betul. Syukur Alhamdulillah. Berkongsilah rezeki walaupun sedikit kerana akan ada keberkatan disitu. InsyaALLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan