Masa hari rabu hari tu bertarikh 15 Jun, aku masuk la kelas 1A5...actually last minute baru dapat idea nak buat game ape kat budak2 ni. So lepas mengajar & explain ape yg patut, aku pun teruskan aktiviti dgn membuat game supaya budak2 ni tak bosan...game ni diberi nama 'round table'...tak payah kot nak explain secara detail coz budak2 pendidikan yg ambik pedagogi mungkin akan tau round table ni mcm mana...aku bersyukur sgt budak2 ni aktif, eh tp rasanya bukan aktif tp hyperaktif...hehe...tp takpe la, dieorg semua bagi komitmen yg terbaek punya!...depa mmg enjoy la dgn game yg aku buat ni walaupun agak clumsy sbb nak divide kumpulan pun mcm2 masalah sampai aku jadi 'ribut taufan' sebentar...huhu...aku suka dieorg main game tu sbb semua bagi komitmen & dieorg berlumba2 untuk jawab walaupun aku tak sediakan hadiah utk pemenang...ye la ni ad hock punya plan, so tak sempat prepare banyak benda...at last aku suruh wakil kumpulan bentangkan jawapan masing2. tu salah satu cara utk buat evaluate student understanding. Dalam kelas 1A5 ni ada dua org budak India lelaki yg sgt aktif & suka bercakap...most of the time dia suka speaking dgn aku, so aku pun speaking je la...tp dia ckp sgt laju...actually kalau dia ckp melayu lagi aku tak paham, so better aku speaking je dgn dia...haha...aku tak larat nak tegur dia sbb byk sgt mulut tu...pening den ni haaa...
Then before abes kelas, ada la lagi dlm 10 minit. then tiba2 aku terfikir nak suruh dieorg komen supaya aku boleh jadikan benda tu sebagai refleksi...huhu...
then ada la antara komen2 yg aku nk tergelak bila baca, Alhamdulillah most of the comment are positive :)
kat bawah ni adalah antara komen2 dieorg :-
"Today I have learnt many topics of integers from the textbook. I can understand the teacher's teaching clearly and am able to answer the questions given in the quiz correctly. I hope that the teacher will often have more interesting games to catch the student's interest in the topic"
"It was very fun. I could understand better than the previous teacher who taught me. she lets us to play games and quiz. she is very kind to us & explains to us more deeply."
Haa...jgn main2, student2 aku ni mmg speaking walaupun ayat tu berterabur sikit...hehe
"sy berasa amat seronok belajar matematik pada hari ini kerana cara cikgu mengajar amat menarik perhatian kami dgn melakukan kuiz dlm kumpulan. Sy boleh memahami tajuk integers dgn senang kerana dgn melakukan kuiz ini dpt menambahkan lagi semangat dan keyakinan utk terus belajar matematik. Dgn cara ini juga saya dpt membaiki kesalahan2 yg telah dilakukan dlm kuiz tadi. Cikgu sabar mengajar kami walaupun ada juga pelajar yg bising "
"cara cikgu mengajar hari ni ceria dan senang difahami. Cikgu ni macam aktif dlm mengajar kami. Cikgu ajar cara yg menyeronokkan. Mula2 sy tak berapa faham sgt tajuk integers ni. Sejak cikgu mengajar sy faham stepnya"
"saya faham apa yg cikgu ajar cuma sedikit sy tak faham. pelajaran hari ni seronok dgn kuiz yg cikgu beri-menarik. cikgu tolong kuatkan suara. cikgu bagi pelajaran matematik lagi senang utk belajar."
"hari ni kami belajar tentang integers. belajar dgn cikgu ni mmg senang faham dan cikgu pandai ambik hati kami. cikgu buat game yg agak menarik tentang topik hari ni. memang sporting la cikgu ni!!! lebih seronok dari cikgu yg mengajar kami sebelum ni. Actually, cikgu mengajar tak laju pun...mmg mudah paham tu pun kalau cikgu ulang balik."
"hari ni dah belajar addition of integers. cikgu ajar hari ni senang faham & best sgt. pastu cikgu buat 1 game..waktu main game td kumpulan kami mmg kalut gila...cikgu ni lebih sporting sikit dari cikgu C.P.Y...walaupun cikgu praktikal, tp mmg mcm dah lama kenal dgn kami...harap2 cikgu ni yg akan ajar sampai akhir tahun la...cikgu ni ajar ckp bahasa melayu senang sikit nk faham. tp C.P.Y ckp BI...kdg2 tu tak faham la jugak..tp buat2 paham je la...kwn kan ada..tanya la kawan...ok..bye bye.."
hehehe...tersenyum aku sorang2 kat bilik guru masa baca komen dieorg2 ni...haaiii mcm nak bodek cikgu je...tp ada juga komen yg membina, antaranya:-
"sy kurang faham dgn apa yg diajar oleh guru. permainan sambil belajar lebih menyeronokkan. pembelajaran akan lebih baik sekiranya diajar dalam bahasa Inggeris"
"permainan pada hari ni sgt mencabar & menyeronokkan. sy kurang faham apa yg diajar oleh cikgu pd hari ni. mengadakan permainan lebih menyeronokkan di masa akan datang.cikgu kena ajar lebih teliti dan mendalam."
Yg ni pulak komen dari budak yg paling byk bercakap dlm kelas. his expectation was so high...huhuhu
"syok pembelajaran. sy dpt belajar dgn lebih elok. dapat memahami topik dgn lebih baik. lebih 'advance'. sy rasa boleh dpt 100% dlm peperiksaan. teacher teach better than the previous teacher."
ni pulak komen yg aku tak larat nak gelak bila baca, dari sorang budak india perempuan, she was quite active in the class, but still undercontrol.
"cikgu tadi ajar elok2. sy suka sangat cara cikgu ajar sbb tak ada marah2 kat kami. selain itu, kalau cikgu adakan lagi aktiviti, stress dan konflik seperti perasaan sedih dan marah dalam jiwa dan lubuk hati terus hilang. lagi2 senyuman cikgu terus menarik minat saya utk belajar."
sebenarnya banyak lagi komen tp tak larat la nak taip semua, lgpun nnt org igt aku syok sendiri pulak. tp ni bukan syok sendiri okey, ni mmg komen dari student2 kesayangan aku...kesimpulannya, ada student suka aku ajar fully BI ada yg suka BM...tp aku lebih suka mix, first aku akan explain dlm BI ,then campur BM sikit2...takde la budak2 ni blur...kalau yg dah terer BI tu tak pe la..kesian budak2 melayu ni...hmm...then most of them faham ape aku ajar, Alhamdulillah...yg kurang & tak faham tu mungkin aku kena bg perhatian lebih sikit. then dieorg suruh aku kuatkan suara lagi..alahai...suara cikgu mmg mcm ni, dah tak larat nk kuatkan dah...lama2 boleh tercabut anak tekak ni,silap hari bulan pecah terus...huhu...tp aku enjoy la ajar dieorg sbb dieorg bg kerjasama & tak memeningkan kepala sgt..dieorg sgt aktif, semua berebut-rebut nk menjawab...korang mmg terbaik la setakat ni :)...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan