Suka kata2 ni sebab maknanya sangat mendalam...berapa ramai org yg mampu tersenyum ketika dalam kedukaan?Mungkin senyuman tu ada, tp hambar...sebab apa yg terpancar di muka datangnya dari hati kita...kita ada pilihan sama ada utk merasa bahagia atau derita...namun, berapa ramai yg tewas ketika diturunkan ujian kepadanya?tewas kepada diri sendiri, tewas dgn perasaan dan emosi yg bergolak. Adakalanya kita perlu duduk dan berfikir hikmah Allah turunkan dugaan tu walaupun hakikatnya kita tak tahu apa hikmah sebenar di sebalik semua yg berlaku, namun setiap ujian dan dugaan yg diberikan adalah peluang utk kita meningkatkan diri, utk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepadaNYA...juga peluang utk kita muhasabah diri. Berapa ramai org yg melakukan demikian? atau terus-terusan menyalahkan takdir?Tak semua org mahu berbuat demikian walaupun mempunyai kemampuan utk berbuat demikian kerana Allah telah kurniakan kita akal fikiran yg sihat dan waras serta berbekalkan iman didada. sebab tu kita mampu lakukannya, bukan hidup dengan hanya menyalahkan takdir.Tiba2 teringat kisah ni...
Terkadang kita rasa jenuh dan penat sangat namun apa kata disaat kita dilanda dugaan dariNYA, kita cuba renung kejadian alam ni yg Allah ciptakan dengan penuh keajaiban dan mempunyai kaitan dengan kehidupan kita. Cuba kita lihat kearah sungai, airnya tetap mengalir walaupun dihalang dengan batu yg besar dan laluannya penuh berliku. Fahamilah alam ini..
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawapannya, mudah sahaja
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.
Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan