Kadang-kadang ada satu masa, kita akan rasa sedih sgt, dan yg termampu utk kita buat adalah menangis dalam hati...kadang2 tu masa tengah buat kerja, tak sedar air mata menitik, mata berkaca-kaca...alahai dunia...inilah lumrah hidup kita. Makin aku dewasa, makin aku mengenali erti kehidupan ni...sesungguhnya zaman yg penuh kemanisan dah berlalu iaitu zaman kanak2 dulu...aku pasti setiap org merindui zaman itu, zaman yg penuh dengan keseronokan dan tak pernah kenal apa itu erti kesusahan, keperitan dan kesengsaraan...zaman kanak-kanak dah berlalu...kehidupan perlu diteruskan biarpun beribu dugaan menanti dihadapan. Bukan senang nak didik jiwa supaya sentiasa redha dengan setiap takdirNYA...setiap org impikan kebahagiaan...tak ada manusia dalam dunia ni yg impikan penderitaan. Tapi kenapa Allah datangkan juga penderitaan tu? sebabnya, DIA nak kita bersyukur apabila diberi kebahagiaan kelak. tak semua perkara kita boleh kongsi dengan orang lain, tapi kita boleh berkongsi dengan DIA. Bila kita dah serahkan segalanya pada Allah, pasti jiwa akan tenang...
Kalau la hati ni lebih keras dari batu, pasti aku takkan menangis kan
tolong la, jgn menangis wahai hati...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan